Memphis Group

Memphis Group?


Memphis?  Nama memphis ni macam nama satu tempat pula kan.  Tak macam kumpulan pun.hehe...well, Memphis Group is 
actually a Milan-based collective of young furniture and product designers led by Ettore Sottsass. So, senang 
cerita Memphis ini sebenarnya adalah sebuah kumpulan yang menggabungkan para pereka bentuk di Italy dan kumpulan 
ini di asaskan oleh Ettore Sottsass.  Memphis telah ditubuhkan pada 11 Disember 1980 dan kemudian berpecah pada 
tahun yang sama.  Namun, pada pada tahun 1981 mereka membentuk semula kumpulan tersebut dan akhirnya Memphis 
dibubarkan pada tahun 1988.  
 

Kemunculan Memphis Group

Memphis memang terkenal dengan reka bentuk yang pelik dan gila-gila.  Memphis dikatakan tidak mengikuti prinsip 
dalam reka bentuk di mana mereka ingin memodenkan prinsip reka bentuk yang sedia ada.  Para pereka bentuk Memphis 
berpendapat bahawa reka bentuk adalah sebuah fashion yang muncul mengikut musim atau trend semasa dan kemudian hilang 
begitu sahaja selepas adanya fashion yg baru dan lebih hebat.  Jasper Morrison, iaitu seorang pereka bentuk produk 
dan perabot berkata bahawa dia masih ingat perasaan panik pelik yang beliau rasa semasa menyaksikan pembukaan pameran 
reka bentuk di Arc ’74 showroom in Milan pada 18 September 1981.  sebenarnya, salah satu sebab penubuhan Memphis group
ialah reaksi mereka terhadap rekaan “kotak hitam” post-Bauhaus pada tahun 1970-an yang terlalu serius dan tidak 
mempunyai nilai humor di dalam rekaannya.

                       


Prinsip reka bentuk dilanggar!!!


Gerun pula tajuk di atas ni.hehe...by the way, Memphis lari dari prinsip reka bentuk bermula pada December 1980.  
Individu yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Ettore Sottsass iaitu pengasas kepada Memphis Group.  Pada masa 
itu Ettore Sottsass telah berumur dalam 60-an manakala rakan-rakan beliau yang sama-sama berjuang dalam Memphis 
adalah rata-rata berumur 20-an.  Fuh....nampak sangat beza umur Sottsass dengan pereka bentuk Memphis yang lain iaitu
Martine Bedin, Aldo Cibic, Michele De Lucchi, Matteo Thun and Marco Zanini.  Pada masa itu terdapat seorang lagi 
iaitu Barbara Radice yang merupakan seorang penulis.  Mereka berkumpul di apartment Sottsass yang terletak di 
Milan’s Via San Galdino dan membincangkan tentang candangan Sottsass untuk menghasilkan beberapa jenis perabot 
bersama dengan rakan lama beliau, Renzo Brugola.

Nama “MEMPHIS”

Terfikir juga macam mana Sottsass and the gang dapat nama Memphis ni. Sebenarnya nama Memphis diambil dari lirik l
agu Bob Dylan iaitu "Stuck Inside of Mobile (With the Memphis Blues Again)".  Ketika mereka sedang berbincang tentang 
reka bentuk, dalam masa yang sama lagu Bob Dylan tersebut dimainkan.  Lagu itu terus dimainkan secara berulang dan secara 
tiba-tiba Sottsass berkata, “Okay, let’s call it Memphis,".  Maka, Memphis pun jadi la nama kumpulan mereka.


Konsep Reka Bentuk Memphis

Hasil kerja Memphis digambarkan sebagai menyerlah, luar biasa dan berhias.  Hasil kerja yang dihasilkan biasanya 
terang, berwarna-warni serta mengejutkan.  Lihat saja pada rak buku iaitu Carlton yang dihasilkan oleh Ettore Sottsass 
yang unik, pelik dan warna-warni. Konsep reka bentuk Memphis juga dikatakan mendapat inspirasi daripada permainan
kanak-kanak.  Walau pun begitu, ia tetap menjadi kegilaan dan pilihan orang ramai ketika itu.

                                
                                     
Saturday, March 8, 2008
Memphis Group

Labels:

posted by RuDe-DoPe @ 10:34 PM   0 comments
 
About Me

Name: RUDOLF ALFRED MARUKIN
Home: BELURAN, SABAH
About Me: Hey there..so this is my first blog. My aim for this blog is to share all the interesting fact and history in the world. Enjoy reading my article and please leave your feedback. Thanx...


See my complete profile
Previous Post
Archives
Shoutbox

xSWEET IS THE MELODYx

Links
Powered by



BLOGGER